Monday 9 October 2017

TEMPAT BERSEJARAH DI JOHOR BAHRU

Senarai Muzium Di Johor bahru

1. Muzium Diraja Abu Bakar

➤ Muzium Diraja Abu Bakar Merupakan Bangunan yang tertua yang terdapat di Johor. Bangunan ini dibina pada tahun 1866. Sebelum ini Istana ini merupakan istana untuk Sultan Johor namun ditukar menjadi sebuah muzium pada 1892. Muzium ini dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan artifak sejarah yang hebat berkaitan hal ehwal keluarga Diraja Johor. 
Alamat : Grand Place, 80500 Johor Bahru, Malaysia.
Tel : 07 223 0555/0222
Faks : 07 224 8476

2. Muzium Kota Tinggi

➤ Muzium ini merupakan kpmpleks bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelbagai bahan sejarah dan artifak tentang negeri Johor dan Kesultanan Melayu Johor.
Alamat : JKR 1858(P), jalan Laksamana, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Tel : 07 883 5749/1498
faks : 07 883 5542

3. Muzium Warisan Tiong-Hua

➤ Muzium tersebut juga dikenali sebagai Chinese Heritage Museum dan merupakan sebuah galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang komuniti masyarakat Cina dan pembangunan negeri Johor.
Alamat : 42, Jalan Ibrahim, bandar Johor Bahru, 80000 Johor bahru, Malaysia
Tel : 07 224 9633

4. Muzium Nenas

➤ Muzium ini terletak di Pontian, Johor dan kira-kira satu jam perjalanan dari Johor Bahru. Di sini pengunjung berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan proses penghasilan produk daripada nenas. Selain pelbagai informasi berkaitan dengan sejarah nenas di galeri, anda juga boleh membeli produk yang dibuat daripada nenas.
Alamat : Jalan Pontian, Pekan Nenas, Johor, 81500, Pekan Johor
Tel : 07 6868 750

5. bangunan Sultan Ibrahim

➤ Bangunan ini merupakan sebuah benguanan yang dibina oleh kolonial British pada tahun 1940 sebagai pusat pentadbiran. Bangunan tersebut dibina dengan mengenakan elemen klasik dan Inggeris.
Alamat : Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru.
Tel : 011 3734 1088

Monday 18 September 2017

PANTAI TANJUNG BALAU

Travel ke Tajung Balau nak tak ??
Hee Jom!!

Pantai Tanjung Balau terletak di Desaru ..

Pantai Tanjung Balau, tempat yang sesuai untuk beriadah bersama2 keluarga dan sahabat handai.. pantainya yang cantik dan bersih sungguh memberi ketenangan pada pengunjungnya yang datang.. luangkanlah masa ke sini untuk bersama keluarga tauu !! .. 

Jangan bimbang ada chalet di sana tauu ..


Bersih kann.,


Pemandangan yang cantik.



Selesa kann bilik nyee.


Jeti ni, selalu pengantin ambik gambar kat sini ..


Boleh bermain layang-layang ~~

Kat sini ad Muzium Nelayan ~


Cantikkan ?? 


 Ni baru sedikit je pelancong .. kalau ada aktiviti lagi ramai ..

Kawan-kawan .. maaf ye kali ini posting saya kurang menarik .. tapi jangan risau, saya akan tambah entry pasal tempat pelancongan yang best best !! .. Tapi sebelum tu jangan lupa komen dan sokong blog saya .. tauu tauu .. 

LEGOLAND MALAYSIA

LEGOLAND !!!



Assalammualaikum semua .. berjumpa lagi di blog ni . Harap semua sihat dan ceria selalu sebab hari ini aku nak kongsi cerita tentang LEGOLAND MALAYSIA .. menarik kan topik kita harini ?? hmm meh kita scroll ke bawah ..
Sebelum aku tunjukkan apa-apa yang ada kat sini, meh kita berkenalan tentang latar belakang LEGOLAND MALAYSIA ni dulu..
So, LEGOLAND MALAYSIA ni merupakan salah sebuah taman tema terkemuka tau .. sesuai sanagtlah untuk aktiviti santai seisi keluarga dan anak-anak. Legoland Malaysia dibuka kepada umum secara rasmi pada 15 September 2012. Aku dan pergi dah kat sane .. mase tu aku form 4.. Sekarang aku dah 18 dah lama tak pegi .. ajak laa aku kalau korang pergi yee .. janji yee .. hee
So that, untuk pengetahuan korang Legoland Malaysia terletak di Medini, Nusajaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan Legoland yang pertama di Asia dan ke-6 di dunia dengan keluasan 76 ekar di Iskandar Malaysia.

As a Malaysian, we must to be proud of our country.. Pepatah kan ada mengatakan, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. sebenarnya nak share, macam mane pon maju negara orang, tapi negara kita pon boleh setanding dengan diaorang kalau kita sendiri yang mengubah untuk lebih berjaya.. okayy sedikit susulan untuk membangkitkan rasa syukur dan semangat kebangsaan korang ... chill ~

Ticket mase korang nak masuk Legoland .. cantikan ticket yee .. 

Harga Tiket Legoland Malaysia

Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 (Dewasa 12-59 tahun), RM110 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Legoland Malaysia juga menyediakan Annual Pass untuk pengunjung dengan harga RM275 (12-59 tahun) dan RM210 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Harga tiket kat sini berbaloii kan kawan-kawan ?? sebab korang just bayar sekali je then korang boleh main semua game kat sini .. dok risau lahh .. 

Taman Tema Legoland Malaysia

Bagi pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga dan anak-anak, mereka boleh merasai sendiri pengalaman 7 taman tema khas yang disediakan di Legoland Malaysia iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland.

Hampir 50 juta bongkah Lego digunakan untuk menyediakan model-model Lego yang terdapat dalam taman tema ini. Pengalaman yang paling menarik ialah apabila dapat melihat sendiri model-model Lego yang dibina dan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Orang kita pon mampu tau bina bangunan gune Lego nie. Tak salah utuk korang berbangga dan jadikan sebagai pendorong kejayaan korang pada masa akan datang.




 Apabila berada di dalam taman Miniland korang boleh tengok banyak model-model bangunan yang dibina menggunakan Lego seperti KLCC, KLIA, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taj Mahal, KL Tower dan banyak lagi. Aklu pon tak ingat banguanan ape je.. memang banyak.. bangunan tu macam real tauu sebab kemas and takde cacat cela lahh ..  Nak tahu takk? nak siapakn satu model je, about 2 until 3 month tauu .. satu model je . cer kira berapa banyak model yang ada darab kan ngan masa yang diaorang kene siapakn .. hmm..




Taman Miniland meliputi bangunan-bangunan popular di serata Asia antaranya bangunan yang terdapat di Malaysia, Singapura, India, Myanmar, China, Laos, Brunei, Philippines, Indonesia, Vietnam, Cambodia dan Thailand. So, inilah mase nyee untuk korang beselfie berwafoto banyak-banyak .. Rugi oii tak ambik gambar..



Selepas keliling benua Asia aku move on ke Taman Lego Technic pulak. Kat sini terdapat permainan untuk seisi keluarga tauu . Bagi mereka yang dewasa janganlah risau kerana di Lego Technic memang sesuai untuk citarasa korang. Permainan yang paling aku gemari adalah ‘Aquazone Wave Race’ dan ‘Project X’.. serious bestt ~~



Untuk yang tak takut akan ketinggian Project X merupakan permainan yang sesuai untuk korang. Dengan ketinggian 18 meter dan curam, Project X memberikan pengalaman terbaiklahh .. Aku suka giler kott roller coaster .. bestt !!!

 Kalau datang ke Legoland Malaysia ni korang bawalah baju tambahan sebab kalau korang bermain permainan ‘Aquazone Wave Race’  maybe korang akan kebasahan akibat Water Splash dan percikan air yang ditembak melalui pistol air oleh orang ramai yang menyaksikan. ahhahah padan muke .. Taman Lego Technic  jugak ada  Lego Academy, Lego Mindstorms, Technic Twister.

Kat Taman Lego Kingdom pulak ada sebuah istana yang tersergam indah. Rasa macam berada di luar negara dan berada di zaman fantasi jee.


Build & Test – Kat sini ibu bapa dan anak-anak berpeluang merekacipta model Lego sendiri. Ada yang buat model kereta, model bangunan. Apa yang penting di sini satu keluarga dapat disatukan.. terhibur aku .. hahahaha



Itulah sedikit sebanyak perkongsian aku hari ini.. hahaha aku nak sent gambar aku .. tapi sedih laa .. gambar yee hilang woo .. Tak dapat nak tunjuk anak cucu .. Takpe Takpe .. boleh pergi lagi . Honeymoon kat sane kott .. heee

Okaylah jangan lupa pergi Legoland tauu

Jumpa lagi !! Co Co Co ~~
Assalammualaikum ..

Monday 11 September 2017

ECOWORLD

Cerita aku di Ecoworld~~


Assalammualaikum korang semua .. Post kali ni adalah post kedua aku .. yelahh excited nak sharing dengan korang.. lagi-lagi dak dak MT6 kann .. cehh sape tuu?? .. 

Okeyy" .. kali ni aku nak carita pasal pengalaman aku di Ecoworld.. Mase ni aku pergi selepas pergi Aeon tebrau mase tuu . ehh ke lepas main bowling?? hahah tak ingat lahh .. Mase tuuu sebelah petang aku pergi .. memang bestt!!..

Aku kasi pengenalan sikit berkenaan ecoworld nie terletak di No1 Jalan Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.. Ehh? Johor lagi? Mestilahh aku anak kelahiran Johor dan impian aku, aku nak travell semua tempat yang ada kat Johor .. sekiann.. hee

 

Ni pintu gerbang dia ..tu mase christmas. tu yang ada rusa tebang .. hoo

Jap jap . mesti korang tertanya berapa harga nak masuk dalam ecoworld nie kann ??.. Korang jangan pening-pening kepala laa . ecoworld nie FREE OF CHANGE tauu .. korang park kereta tak kene banyar pastu ada guard ambil korang naik vechiles cam kat padang golf tuu .. huu aku tak tahu nama nye ape .. ahhaha.. 

Dalam ecoworld nie, banyak replika-replika bangunan. Kenapa bangunan ek ? Sebab diaorang ni syarikat jual rumah .. Rumah mewah kauu .. Aku mampu tengok jelah .. huu.. Dah dah aku malas nak bebel panjang-panjang, korang ponn menyampahkann .. Haa ngaku ponn .. ehhee

So, Jom tengok ape yang ade ..


Tu haiwan ape nye ?? I lupe lahh you .. Hee 


Ini Tapir. Baby Tapir ada dua laa .. Comel ❤


 Nama dia Huda . nak kenal ke ? .. #adikaku


Kambing biri-biri katanya ..


Model ke tuu ?? ..


Buat ape la tuu .. Berbual agaknyee.. (Lantak kau la dik) hahahaha ...


Lee Gwang Soo pon ade kat sini??? ape lagi .. Angkut bawak balik .. hahahah  .. btw, comel anak diaa tauu ..


Pemandangan dari sudut tepi .. cantikkan ??


Kat sini lahh main park dia .. 


Burung patung tauu .. Jangan tertipu lagii .. 


Menara jam .. 
Suatu hari nanti kita ke menara gading pulak yee ..
Amiinn ..


Sape tuu .. erkk menyampahh ..


#senget. hhahaaa






eh ehh .. ade lagii .. hahhaa


Okayy sampai di sini saje .. cukup di sini perjalanan kita... wuu Haqiem Rusli laaa .. ahhahaha ..

Kat sini korang boleh jugak ambil gambar untuk perkahwinan korang.. memang nice .. (ajak aq err .. tau tauu)

So, bestkan tempatnya ??? korang pergi tauu .. rugi tak pergi sane .. ajak aku sekali .. hee.. okaylahh selamat bercuti !! JOM TRAVEL !!! ..


Instagram : @suhana_ya

ZOO JOHOR

Cerita aku di Zoo Johor~

  Sebelum aku mulakan cerita, aku nak ucapkan Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang mengkunjungi blog ni. Aku juga nak minta maaf sebab aku rasa guna bahasa pasar kat blog ni lagi friendly kot. Maaf ye orang bahasa. hehee..Sebenarnya aku memang suka jalan-jalan tetapi disebabkan kekangan atas sebab pelajaran dan kewangan, maka aku jarang dapat meluangkan masa untuk bercuti. Maka, harini aku nak share pengalaman aku semasa bercuti di ZOO JOHOR.

  Aku pergi Zoo Johor masa aku sebelum menjadi pelajar kolej matrikulasi johor. Yelah, kononnya lepas dah masuk matrik dah tak boleh nak jejalan kan.. hihi betulah tuu. jap2 cerita pasal diri sendiri nampak .. hahaha sorry .. berbalik kepada topik kita pada harini. So, korang ni pernah gi Zoo Johor tak ?? . kalau tak baik korang cepat-cepat ajak family korang, isteri, suami, anak-anak, kawan ke , atau tut tutt .. ajaklah makwe ke pakwe korang .. hahaha. okay2 jangan senyum sorang-sorang pulak .. okok! . 

  Zoo Johor ni kan dibuka oleh Almarhum Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1928. Korang tahu tak Zoo Johor ni adalah Zoo tertua tau di Malaysia dan Asia. Hebat gilerr!. 

  Dulu nama Zoo Johor nie adalah Taman Haiwan tetapi ditukar kepada Zoo Johor apabila diserahkam kepada kerajaan Johor pada tahum 1962. Keluasan tempatnya adalah 31 ekar dan dekat je dengan pusat bandar. Lepas korang pergi zoo, korang pergilah shopping kat Cs ke kan ?. eley, cam tak biase. hahaha..

  Pastukan, korang memang boleh bajet laa. sebab ape ?. harga tiket dia murah jee. Jangan risau tauu .. Harga tiket bagi orang dewasa cuma RM2.00 dan kanak-kanak RM1.00. Murah tuu.. Masa tu aku kene bayar ikut orang dewasa,, hmm nak cakap aku kan budak-budak lagi nape ikut harga dewasa.. huhuh.. #PERASAN!. MR.F cakap dah besar pon tak sedar .. hahaha.. (malu beb).. Waktu operasi pulak, bermula pada pukul 8.00 pagi hinggalah 6.00 petang. 


Ni tempat untuk bayar tiket ..



Ni tembok depan zoo .. korang selfie laa kat sini banyak-bayak okayy macam orang yang kat bawah nie .. (cantik orang nyee , hahahah)☺


So, jom tengok ape yang ada kat dalam zoo niee. jom jom jom ~~~..
banyak haiwan kat sini .. paling aku suka tengok adalahhhh MONYET .. tak tahu nape .. comel pulak aku tengok ahahha.. ❤❤❤

Aku sent gambar jelahh .. nanti aku cerita satu per satu ..

buat ape tuu .. huhuhu


Nampak kan tuu /. bertenggek atas tuu .. ishh ishh ishh


Monyet batu nie pon comel tauu . cam kau kan? hahahaah


Ularr di atas merupakan ular albino. Tengok kulit dia. Lain kan?


Kolam untuk anak-anak ikan dan sebagainya.



Tido jee ular niee . anak sape niee?? hoho



Di cakap ape tuu .. aku tak faham laah


Nak tengok rusa and the geng? . korang lintas jejantas kayu then beli la sayur dia sikir, kasi diaorag makan .. jangan kau pulak yang makan sayur tuu ..



 Yang pink tu kann ,, actually batuu tauu .. aku tertipu .. huaaa


Dia sorang tauu . siann diaa .. #memerang

Itulahh sedikit sebanyak gambar yang aku ambil semasa di sana .. maaflah gambar aku tak banyak.. 
so, ape lagi korang dah boleh pergi sekarang niee .. Bak kata orang putih, Wait are you waiting for ?? .. 
Lepas nie aku akan post pasal cerita aku kat ECOWORLD pulakk .. so tengok jangan tak tengok.. Tak tengok jatuh longkang ~ .. hahaha .. gurauu okayy ..

okayy bbye .. sis gerak luu .. love you . ,muah muah muahh .. ~~

Instagram : suhana_ya