Monday, 18 September 2017

LEGOLAND MALAYSIA

LEGOLAND !!!



Assalammualaikum semua .. berjumpa lagi di blog ni . Harap semua sihat dan ceria selalu sebab hari ini aku nak kongsi cerita tentang LEGOLAND MALAYSIA .. menarik kan topik kita harini ?? hmm meh kita scroll ke bawah ..
Sebelum aku tunjukkan apa-apa yang ada kat sini, meh kita berkenalan tentang latar belakang LEGOLAND MALAYSIA ni dulu..
So, LEGOLAND MALAYSIA ni merupakan salah sebuah taman tema terkemuka tau .. sesuai sanagtlah untuk aktiviti santai seisi keluarga dan anak-anak. Legoland Malaysia dibuka kepada umum secara rasmi pada 15 September 2012. Aku dan pergi dah kat sane .. mase tu aku form 4.. Sekarang aku dah 18 dah lama tak pegi .. ajak laa aku kalau korang pergi yee .. janji yee .. hee
So that, untuk pengetahuan korang Legoland Malaysia terletak di Medini, Nusajaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan Legoland yang pertama di Asia dan ke-6 di dunia dengan keluasan 76 ekar di Iskandar Malaysia.

As a Malaysian, we must to be proud of our country.. Pepatah kan ada mengatakan, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. sebenarnya nak share, macam mane pon maju negara orang, tapi negara kita pon boleh setanding dengan diaorang kalau kita sendiri yang mengubah untuk lebih berjaya.. okayy sedikit susulan untuk membangkitkan rasa syukur dan semangat kebangsaan korang ... chill ~

Ticket mase korang nak masuk Legoland .. cantikan ticket yee .. 

Harga Tiket Legoland Malaysia

Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 (Dewasa 12-59 tahun), RM110 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Legoland Malaysia juga menyediakan Annual Pass untuk pengunjung dengan harga RM275 (12-59 tahun) dan RM210 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Harga tiket kat sini berbaloii kan kawan-kawan ?? sebab korang just bayar sekali je then korang boleh main semua game kat sini .. dok risau lahh .. 

Taman Tema Legoland Malaysia

Bagi pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga dan anak-anak, mereka boleh merasai sendiri pengalaman 7 taman tema khas yang disediakan di Legoland Malaysia iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland.

Hampir 50 juta bongkah Lego digunakan untuk menyediakan model-model Lego yang terdapat dalam taman tema ini. Pengalaman yang paling menarik ialah apabila dapat melihat sendiri model-model Lego yang dibina dan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Orang kita pon mampu tau bina bangunan gune Lego nie. Tak salah utuk korang berbangga dan jadikan sebagai pendorong kejayaan korang pada masa akan datang.




 Apabila berada di dalam taman Miniland korang boleh tengok banyak model-model bangunan yang dibina menggunakan Lego seperti KLCC, KLIA, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taj Mahal, KL Tower dan banyak lagi. Aklu pon tak ingat banguanan ape je.. memang banyak.. bangunan tu macam real tauu sebab kemas and takde cacat cela lahh ..  Nak tahu takk? nak siapakn satu model je, about 2 until 3 month tauu .. satu model je . cer kira berapa banyak model yang ada darab kan ngan masa yang diaorang kene siapakn .. hmm..




Taman Miniland meliputi bangunan-bangunan popular di serata Asia antaranya bangunan yang terdapat di Malaysia, Singapura, India, Myanmar, China, Laos, Brunei, Philippines, Indonesia, Vietnam, Cambodia dan Thailand. So, inilah mase nyee untuk korang beselfie berwafoto banyak-banyak .. Rugi oii tak ambik gambar..



Selepas keliling benua Asia aku move on ke Taman Lego Technic pulak. Kat sini terdapat permainan untuk seisi keluarga tauu . Bagi mereka yang dewasa janganlah risau kerana di Lego Technic memang sesuai untuk citarasa korang. Permainan yang paling aku gemari adalah ‘Aquazone Wave Race’ dan ‘Project X’.. serious bestt ~~



Untuk yang tak takut akan ketinggian Project X merupakan permainan yang sesuai untuk korang. Dengan ketinggian 18 meter dan curam, Project X memberikan pengalaman terbaiklahh .. Aku suka giler kott roller coaster .. bestt !!!

 Kalau datang ke Legoland Malaysia ni korang bawalah baju tambahan sebab kalau korang bermain permainan ‘Aquazone Wave Race’  maybe korang akan kebasahan akibat Water Splash dan percikan air yang ditembak melalui pistol air oleh orang ramai yang menyaksikan. ahhahah padan muke .. Taman Lego Technic  jugak ada  Lego Academy, Lego Mindstorms, Technic Twister.

Kat Taman Lego Kingdom pulak ada sebuah istana yang tersergam indah. Rasa macam berada di luar negara dan berada di zaman fantasi jee.


Build & Test – Kat sini ibu bapa dan anak-anak berpeluang merekacipta model Lego sendiri. Ada yang buat model kereta, model bangunan. Apa yang penting di sini satu keluarga dapat disatukan.. terhibur aku .. hahahaha



Itulah sedikit sebanyak perkongsian aku hari ini.. hahaha aku nak sent gambar aku .. tapi sedih laa .. gambar yee hilang woo .. Tak dapat nak tunjuk anak cucu .. Takpe Takpe .. boleh pergi lagi . Honeymoon kat sane kott .. heee

Okaylah jangan lupa pergi Legoland tauu

Jumpa lagi !! Co Co Co ~~
Assalammualaikum ..

No comments:

Post a Comment